03 Februari 2025, Isnin – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan program gotong-royong pembersihan di kawasan Medan Selera Stesen Bas dan Teksi Kulim, serta Medan Selera Tasik Kulim. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAS)* dan Karnival Kedah Sihat 2025 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan selesa bagi masyarakat.
Gotong Royong ini melibatkan kerjasama agensi seperti Pejabat Daerah Kulim, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, SWCorp, E-Idaman Sdn. Bhd. dan juga jabatan-jabatan dalaman di MPKK, termasuk Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, serta Jabatan Kejuruteraan. Selain membersihkan kawasan, program ini juga menggalakkan amalan hidup sihat dan kesedaran tentang pentingnya persekitaran bersih.
Dengan inisiatif seperti ini, MPKK komited dalam usaha memastikan kesejahteraan dan kebersihan kawasan awam di Kulim, serta terus menyokong matlamat Kedah Sihat 2025.