UPACARA PENUKARAN BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

04 Februari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir menyaksikan Upacara Penukaran Bendera Negeri Kedah Darul Aman di Dataran Medan Bandar pagi tadi.
 
Bahagian Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Alor Setar telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan upacara ini. Pasukan kawad bendera yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan 6 orang anggota Penguatkuasa telah terlibat dalam melaksanakan upacara tersebut.
 
Upacara yang diadakan ini juga bertujuan untuk memastikan Bendera Negeri Kedah yang dikibarkan di Dataran Medan Bandar sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna dan terbaik kerana ia merupakan lambang kemegahan dan kedaulatan Negeri Kedah Darul Aman.
 
Skip to content