PROGRAM MPSPK SIHAT DAN BERGAYA MENJELANG SYAWAL
“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver.” – Mahatma Gandhi
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menganjurkan Program MPSPK Sihat dan Bergaya Menjelang Syawal bertempat di Dewan Banquet, Aras 6, MPSPK.
Program yang melibatkan kakitangan MPSPK ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang menjelang sambutan Aidilfitri.
Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian daripada YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah. Kemudian program diteruskan dengan sesi Simple Aerodance, diikuti dengan taklimat pemakanan oleh Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Kedah, serta perkongsian mengenai menu sihat Syawal oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah dalam ucapannya menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah meningkatkan kesejahteraan warga kerja. Yang Dipertua MPSPK juga turut menegaskan bahawa gaya hidup sihat bukan sekadar satu amalan, tetapi satu keperluan bagi memastikan setiap kakitangan kekal cergas dan produktif dalam menjalankan tugas seharian. ” Kekayaan yang paling mahal adalah BADAN SIHAT, hati BAHAGIA, jiwa TENANG, fikiran LAPANG, rezeki LANCAR dan ibadah TERJAGA. Saya doakan semoga kita semua memilikinya”, antara petikan madah daripada Yang Dipertua.
Turut hadir dalam program ini Setiausaha MPSPK yang baru, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, serta kakitangan MPSPK yang turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.
Program ini mencerminkan komitmen MPSPK dalam memastikan kesejahteraan kakitangan terus terjaga serta mewujudkan budaya kerja yang lebih produktif dan sihat.
Klik untuk gambar sekitar program















