LAWATAN KE TAPAK MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

12 Februari 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan tapak ke Pintu Gerbang Muhibbah Pekan Melayu/Pekan Cina petang tadi.
 
Lawatan tersebut diadakan bertujuan bagi kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan dan pengindahan di kawasan sekitar berkenaan sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah anjuran Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan pada 16 Februari 2025 nanti.
 
Hadir sama Tuan Sertiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai terlibat.
 
Skip to content