PEMAKLUMAN
Selaras dengan pewartaan Perintah Pengangkutan Jalan (Perintah Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 2024, MPSPK akan menguatkuasakan bayaran caj parkir dan waktu pengoperasian bagi seluruh Daerah Kuala Muda bermula pada bulan FEBRUARI 2025.
MPSPK berharap seluruh warga Daerah Kuala Muda mendapat informasi yang jelas berkaitan pewartaan yang baharu ini serta dapat mendepani arus pembangunan perbandaran ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat di peringkat global.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Seksyen Letak Kereta di talian 04-4296665.
