PROGRAM TAKLIMAT PENIAGA-PENIAGA BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2025

20 Februari 2025, Khamis – Program Taklimat Peniaga-Peniaga Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Alor Setar Tahun 2025 yang telah berlangsung bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya.
 
Bazar Ramadan anjuran MBAS akan mula dianjurkan bermula 2 mac 2025 hingga 30 mac 2025. Bagi merancakkan ekonomi Bandar Raya Alor Setar, pada tahun ini, MBAS telah memperkenalkan tapak baru iaitu Bazar Taman Nuri, untuk memenuhi permintaan daripada peniaga sekitarnya dan menswastakan, tapak Bazar Stadium kepada Pertubuhan Peladang Kawasan F-IV Sungai Limau, menjadikan sebanyak 15 lokasi bazar anjuran MBAS. Selain itu, penganjuran luar Bazar Ramadan daripada pihak swasta, turut memeriahkan aktiviti ekonomi di Alor Setar dengan 8 lokasi tapak yang terlibat.
 
Dalam pada itu, Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya ketika ditemu bual media berkata, tindakan tegas akan diambil kepada peniaga yang menjual semula tapak Bazar Ramadan kepada pihak lain. Ia termasuk, membatalkan tapak jualan, serta disenarai hitam dan kompaun akan dikenakan.
 
Tambah beliau lagi, pihak penguatkuasa MBAS dan Ahli Majlis di setiap zon akan memperketatkan pemantauan bagi memastikan segala garis panduan yang ditetapkan dipatuhi termasuk tidak menggajikan pekerja warga asing bagi menggelakkan tindakan dikenakan.
 
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menekankan kepentingan toleransi dan kerjasama antara peniaga serta agensi yang terlibat termasuk pihak kesihatan dan keselamatan.
 
Menurutnya, peniaga juga diingatkan agar tidak mengubah susun atur gerai yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada laluan orang ramai.
 
 
Skip to content