SESI TAKLIMAT TABUNG PENYELENGGARAAN PERUMAHAN MALAYSIA (TPPM) TAHUN 2025 BERSAMA AJK BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB TAMAN SETIA JAYA BLOK A,BLOK C & BLOK D) OLEH JABATAN KEJURUTERAAN DAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

25 Februari 2025 – Satu sesi taklimat berkenaan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) yang diluluskan oleh KPKT telah diberikan kepada AJK-AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) iaitu JMB Taman Setia Jaya Blok A, JMB Taman Setia Jaya Blok C dan JMB Taman Setia Jaya Blok D. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Jabatan Kejuruteraan, MBAS dan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBAS.
 
Tujuan taklimat adalah bagi menerangkan skop kerja yang telah diluluskan dan perancangan projek akan dilaksanakan oleh MBAS. Diharapkan dengan peruntukan yang disalurkan ini dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti strata di kawasan tersebut secara tidak langsung.
 
Skip to content