𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐈 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗔𝗥 𝗖𝗛𝗘𝗠𝗣𝗘𝗗𝗔𝗞, 𝐘𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

4 FEBRUARI 2025 (ISNIN)

Program Cabutan Undi Tapak Niaga Bazar Raya Aidilfitri Tahun 2025 Di Pekan Guar Chempedak, Yan, Kedah telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peniaga dan seterusnya disusuli dengan sesi cabutan undi tapak niaga iaitu bagi tapak 20×20 sebanyak 42 tapak manakala tapak 10×10 sebanyak 60 tapak dan diakhiri dengan pembayaran sewaan tapak dan pengeluaran Lesen Perniagaan kepada para peniaga oleh Majlis Daerah Yan.

Turut serta dalam program ini ialah Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY sebagai urus setia dan para kakitangan MDY serta Ahli Majlis.

Semoga para peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan serta pematuhan SOP seperti yang ditetapkan.

Skip to content