MBAS TERIMA ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2024

26 Februari 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima Anugerah Bandar Rendah Karbon (3 Diamond) bagi kategori Tenaga melalui Low Carbon City Challenge 2030 yang telah dilaksanakan di Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Ketua Bahagian Kawalan Perancangan MBAS, Puan Hasmahanum Hamzah telah hadir menerima anugerah berkenaan di majlis penganugerahan yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad bertempat di Sofitel Hotel, Kuala Lumpur Damansara.
 
Anugerah ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pemaju, Universiti, Pemilik Bangunan, dan pihak berkepentingan sebagai pengiktirafan atas usaha dalam mengurangkan pelepasan karbon.
 
Skip to content