𝟗 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐇𝐀𝐃
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍

Taklimat dan Latihan kebakaran telah dilaksanakan di Dewan Alamanda Dyan Chalet. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan iaitu PBK I Encik Qyairul Eqwan Bin Haji Suib bersama pasukan C Balai Bomba Dan Penyelamat Majlis Daerah Yan . Semua kakitangan diberikan pendedahan berkenaan alat pemadam api dan demontrasi penggunaan alatan tersebut sekiranya berlakunya kebakaran.

Pihak Majlis Daerah Yan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Bomba & Penyelamat Daerah Yan di atas perkongsian dan tunjuk ajar latihan kebakaran sepanjang program dan latihan berjalan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kesiapsiagaan kakitangan di pejabat ini dalam menghadapi kebakaran.

Skip to content