𝟏𝟗 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Majlis Cabutan Kerja Undi Majlis Daerah Yan Fasa 1 Bagi Tahun 2025 telah diadakan pada 19 Februari 2025 bertempat di Dewan Dato Madi.
Sesi Cabutan Kerja Undi bermula pada 3.30 petang telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Yan, Encik Amir Ezzat Bin Ismail.
Seramai 192 kontraktor berdaftar dan mememuhi syarat-syarat ditetapkan layak menyertai cabutan undi tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor yang berjaya. Semoga kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh masa ditetapkan dan disiapkan dengan kemas, sempurna dan berkualiti.





