MAJLIS PENGHARGAAN DAN LANTIKAN DUTA BERSIH INDAH DAN CERIA (BIC)

Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah pada hari ini berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Lim Booi Hooi yang dipilih menjadi contoh terbaik kepada penduduk Sungai Petani atas komitmen dan usaha dalam penjagaan landskap di sekitar kediamannya.

Penghargaan ini diberikan oleh Yang Dipertua MPSPK sendiri yang tertarik melihat landskap rumah Encik Lim Booi Hooi. Mempunyai halaman yang rapi dan tersusun, penanaman pokok renek berbunga merah “Ixora coccinea” menaikkan seri pemandangan rumah lot hujung ini. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori sudah menjadikan rutin penjagaan pokok sebagai aktiviti harian beliau setelah berhenti kerja.

Penghargaan ini adalah satu satu inisiatif MPSPK dalam menghargai dan berterima kasih kepada Encik Lim Booi Hooi kerana bersama-sama menjaga kawasan persekitaran selaras dengan tagline “Bersih, Indah dan Ceria”. Yang Dipertua kemudian mengumumkan perlantikan Encik Lim Booi Hooi sebagai DUTA BERSIH INDAH dan CERIA.

Hadir bersama Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK serta ahli keluarga Encik Lim Booi Hooi yang berbangga atas perlantikan beliau. Semoga usaha baik beliau menjadi ikutan kepada penduduk Sungai Petani dalam memastikan kediaman dalam keadaan bersih dan cantik. Bersih, Indah dan Ceria Sungai Petani ku


Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content