12 MAC 2025 | RABU
𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
Walkabout Bazar Ramadan 2025 dan pemeriksaan premis bazar bersama Pegawai Daerah Yan,merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Hajah Maznim,AMK.,BCK telah diadakan pada 12 Mac 2025 (Rabu) bertempat di Bazar Ramadan Sungai Yan, Kedah yang turut dihadiri oleh Pejabat Kesihatan Daerah Yan dan wakil Koperasi Pasar Minggu Yan Kechil Berhad.
Tujuan utama program ‘Walkabout’ diadakan adalah untuk kesedaran para peniaga menjaga kebersihan gerai dan penyediaan makanan bagi mengelakkan risiko keracunan makanan. Setiap makanan yang dijual mesti dalam keadaan baik dan tidak tercemar.
Program dimulakan dengan sesi Taklimat oleh Dr. Ahmad Hanis bin Ahmad Shushami, Pegawai Kesihatan Daerah Yan di One Stop Center PKD Yan.
Program dilaksanakan dengan menyantuni para peniaga, mereka juga turut diberikan apron ’Experience Kedah’ sempena Tahun Melawat Kedah. Apron tersebut berfungsi untuk melindungi makanan daripada pencemaran yang terdapat pada badan atau pakaian pengendali makanan.Pegawai Daerah Yan juga beramah mesra para peniaga dan Pegawai Kesihatan Daerah Yan memberi nasihat kepada para peniaga agar menitik berat kebersihan dan penyediaan makanan.Program diteruskan dengan penyampaian hadiah sagu hati kepada peniaga bazar ramadan. Program diakhiri dengan sesi bergambar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada jabatan/agensi yang turut hadir dalam menjayakan program ini.





