24 MAC 2025 | ISNIN
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐑𝐄𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Raya Kasih Aidilfitri anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan bagi tahun 1446H / 2025M telah diadakan pada 24 Februari 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Alamanda D’Yan Chalet, Kedah. Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi memupuk semangat kecintaan terhadap Al-Quran dengan menggalakkan budaya membaca dan menghayatinya, di samping memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Majlis dimulakan dengan sesi Khatam Al-Quran yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria, Imam Masjid As-Syakirin, Guar Stesen, Gurun, Kedah, yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Yan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi tazkirah ringkas mengenai kebaikan di bulan Ramadan.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Setiausaha Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi, Encik Amir Ezzat bin Ismail. Seterusnya, sesi penyampaian sumbangan “Raya Kasih Aidilfitri” telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Yan, Encik Mohd Zakri bin Mohd Dzuki.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang turut hadir serta memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Skip to content