TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN BERGAMBAR BERSAMA BUNGA TEKOMA 2025
20 Mac 2025, Khamis – Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bergambar Bersama Bunga Tekoma (Tabebuia Rosea) 2025 anjuran MBAS yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Ibu Pejabat MBAS.
Mantan Datuk Bandar Alor Setar ke-4, Dato’ Seraja Bakti Dato’ Haji Mat Noh Bin Ahmad telah diberikan penghargaan untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tersebut. Ini kerana di era pentadbirannya, beliau antara pelopor yang memperkenalkan musim sakura alor setar dengan inisiatif-inisiatif penanaman pokok tekoma diperbanyakkan di Bandaraya Alor Setar.
Mengiringi beliau menyampaikan hadiah tersebut ialah Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya.
Seramai 4 pemenang telah terpilih dalam pertandingan anjuran MBAS ini yang dilangsungkan pada Februari yang lalu. Pertandingan ini diadakan bagi memeriahkan suasana musim bunga tekoma ini disamping mempromosikan bunga tekoma ini sebagai salah satu tarikan di Bandaraya Alor Setar.
Pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea mula ditanam oleh MBAS kira-kira 20 tahun yang lalu sebagai pokok teduhan. Setiap tahun dari awal Februari hingga bulan April, pokok bunga tekoma ini akan mekar cantik dengan warna merah jambu dan putih menjadikannya dikenali sebagai Musim Sakura Alor Setar.
Tahniah Dan Syabas diucapkan Kepada semua pemenang pertandingan bergambar bersama Bunga Tekoma 2025.
1. Mahdzir Bin Hassan
2. Juliana Binti Jonit
3. Muhammad Hanafi Bin Rosli
4. Rokiah Binti Ramlee
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'