DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH & DYAM TUNKU PUAN MAHKOTA KEDAH PERKENAN BERANGKAT KE BAZAR RAMADAN STADIUM DARUL AMAN

29 Mac 2025, Sabtu – Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan berangkat ke Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, petang tadi.
 
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Baginda berdua turut sempat meluangkan masa meninjau suasana bazar berkenaan serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung di bazar tersebut.
 
Turut hadir ialah pegawai-pegawai MBAS, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), YBrs. En. Mohd. Nazri Bin Kamaruzzaman; Yang Di Pertua GAPEMA Kedah, En. Baharudin PM Mohamed Ali serta beberapa wakil peniaga.
 
 
Skip to content