TINJAUAN DATO BANDAR ALOR SETAR KE TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA
29 Mac 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan satu tinjauan ke Terminal Bas Shahab Perdana, malam tadi. Tinjauan tersebut diadakan bagi melihat perkembangan kerja-kerja naik taraf Fasa 1 terminal bas tersebut yang telah dijalankan sejak Oktober tahun yang lalu.
Hasil dari tinjauan tersebut, Datuk Bandar telah memutuskan untuk mengadakan satu perbincangan bersama syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd dalam masa terdekat bagi meneliti semula kerja-kerja pembangunan projek yang telah dijalankan. Diharapkan para pengguna dan peniaga yang terlibat di terminal bas tersebut dapat bersabar untuk kerja-kerja menaiktaraf taraf yang sedang dijalankan di terminal bas berkenaan demi keselesaan bersama.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'