MBAS DAN PKD KOTA SETAR SERBU PREMIS HIBURAN, KOMPAUN DAN ARAHAN PENUTUPAN 14 HARI DIKELUARKAN ATAS FAKTOR KEBERSIHAN
7 April 2025, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu operasi bersepadu ke atas sebuah premis hiburan di kawasan Perusahaan Tandop, Alor Setar malam tadi.
Hasil daripada pemeriksaan, premis hiburan yang menjalankan akitiviti karaoke dan menjual makanan ringan kepada orang awam itu didapati tahap kebersihan premis tersebut berada dalam tahap yang tidak memuaskan.
Pihak MBAS telah mengeluarkan satu (1) kompaun di atas kesalahan kebersihan premis yang tidak memuaskan manakala PKD Kota Setar mengeluarkan satu (1) kompaun di atas kesalahan mengendalikan makanan dengan pakaian yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Arahan penutupan premis selama 14 hari dikeluarkan serta-merta malam tadi bagi pemilik premis tersebut membersihkan premis berkenaan.
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis/peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'