PERJUMPAAN MBAS BERSAMA PEMAIN INDUSTRI | INISIATIF MBAS MEMUDAHCARA PEMAJUAN MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN

09 April 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya bersama Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengunjungi Johan Group 30 Sdn. Bhd. bagi mengadakan perbincangan berkaitan isu-isu berbangkit hasil daripada pemajuan yang telah dilaksanakan oleh Johan Group 30 Sdn. Bhd.
 
Tujuan perjumpaan ini adalah sebagai memudahcara dan memberi panduan kepada syarikat berkaitan prosedur dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat bagi memastikan pemajuan yang telah dilaksanakan mendapat kebenaran dari MBAS.
 
Siri Perjumpaan Datuk Bandar Alor Setar bersama Pemain Industri ini merupakan salah satu inisiatif MBAS ke arah mesra pembangunan dan mesra pelabur akan diteruskan dari masa ke semasa yang akan melibatkan pelbagai jenis pemajuan yang telah dibangunkan di dalam kawasan pentadbiran MBAS.
 
Ianya secara tidak langsung akan menggalakkan pemain industri untuk menjalankan pemajuan mengikut undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan selain bertujuan untuk mengelakkan daripada pembangunan-pembangunan tanpa kebenaran (haram) serta tanpa kawalan.
 
 
Skip to content