PENJAJA DI JALAN PROTOKOL | DATUK BANDAR TINJAU LOKASI CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA
12 April 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah turun padang hari ini membuat tinjauan di beberapa lokasi cadangan penyusunan semula penjaja di sepanjang Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar hasil daripada satu sesi libat urus bersama penjaja yang telah diadakan khamis lalu.
Hadir sama mengiringi beliau ialah Ahli Majlis Zon 6 MBAS, En. Shamsudin Ahmad; Ketua Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, En. Khaled Shah serta pegawai-pegawai terlibat.
Pihak MBAS sentiasa terbuka kepada para penjaja dan peniaga-peniaga kecil yang ingin mengemukakan sebarang cadangan boleh terus salurkan kepada pihak MBAS atau kepada Ahli Majlis MBAS.