𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 & 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟑𝟕𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟔 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menjalani sesi pengauditan selama tiga hari bermula pada 14 April 2025 (Isnin) sehingga 16 April 2025 (Rabu). Pengauditan ini melibatkan dua sistem penting iaitu MS ISO 9001:2015(Sistem Pengurusan Kualiti) dan MS ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Antirasuah).

Pengauditan ini dijalankan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan diketuai oleh sekumpulan auditor profesional iaitu IR. Raguraman a/l Ramasamy, Encik Mohd Shahril bin Mohd Arshad, Encik Khairul Azmi bin Pumijan, Encik Mohd Farid bin Mohd Zaid dan Ts. Mohd Roslan bin Mohamad Nadziri.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai semakan dan penilaian telah dibuat untuk memastikan semua urusan di MPKK mengikut piawaian yang betul, teratur dan bebas daripada unsur rasuah. Proses ini sangat penting bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat lebih berkualiti dan boleh dipercayai.

Sesi penutup pengauditan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dengan ucapan terima kasih kepada semua anggota MPKK atas komitmen yang diberikan serta berharap setiap penemuan audit dipandang serius untuk dibuat tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan.

MPKK ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang sesi pengauditan ini. Komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan amat dihargai dan membuktikan bahawa MPKK sentiasa serius dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan serta mengekalkan integriti.

Kami akan terus berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Kulim. Terima kasih atas sokongan anda semua! 💪💙

#MPKK

#PengauditanISO

#TheGreaterKedah

#IntegrityFirst

#KualitiDalamPerkhidmatan

Skip to content