PELAKSANAAN PENUH BAYARAN PARKIR SECARA DIGITAL MULAI APRIL 2025

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ingin memaklumkan bahawa mulai April 2025, semua urusan pembayaran parking akan dilaksanakan sepenuhnya melalui aplikasi Flexi Parking dan Setel.

Sehubungan itu, penggunaan kupon dan tiket fizikal tidak lagi digunakan. Inisiatif ini merupakan langkah ke arah sistem ‘cashless’ yang lebih mudah.

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar akaun dalam salah satu aplikasi tersebut bagi memastikan urusan berkaitan parkir berjalan lebih lancar.

Rujuk penggunaan Flexi Parking di sini 👉🏻https://www.facebook.com/share/v/14HJZ468LB8/?mibextid=wwXIfr

Skip to content