PEMAKLUMAN
PEMBAYARAN KOMPAUN LETAK KERETA DI PEJABAT CAWANGAN GURUN MULAI MEI 2025
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ingin memaklumkan bahawa pembayaran kompaun letak kereta kini boleh dibuat di pejabat cawangan Gurun mulai Mei 2025.
Inisiatif ini dapat memudahkan orang awam yang berada di sekitar kawasan Gurun kerana tidak perlu ke pejabat utama di Sungai Petani untuk melunaskan bayaran kompaun.
Kami dari pihak MPSPK akan sentiasa berusaha memperluas kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat setempat supaya dapat menjimatkan masa pengguna.
