Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada dua insan hebat yang telah banyak menabur jasa, mencurahkan keringat, dan memberi komitmen tanpa berbelah bahagi demi kemajuan MPKK:

👮‍♂️ ENCIK ADNAN BIN SHUIB

(Pembantu Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasaan)

📂 ENCIK AZAMI BIN KASIM

(Pembantu Tadbir, Jabatan Kejuruteraan)

Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Dedikasi dan semangat tuan-tuan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja MPKK dalam menggalas amanah kepada masyarakat.

Majlis Perbandaran Kulim amat menghargai segala sumbangan, kecekalan dan iltizam yang ditunjukkan oleh kedua-dua insan ini. Semoga memori indah sepanjang perkhidmatan menjadi kenangan terindah yang kekal terpahat.

Kami mendoakan agar Encik Adnan dan Encik Azami dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang tenang serta masa depan yang penuh keberkatan.

Terima kasih, dan Selamat Bersara dengan penuh bangga dan sejahtera!

#SelamatBersara

#MPKK

#Penghargaan

#JasaDikenang

#KulimSejahtera

Skip to content