PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2025

24 APRIL 2025 (KHAMIS)-Pelaksanaan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT di Pihak Berkuasa Tempatan bagi Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah di jalankan di Bilik Persidangan MPKP.

Tuan Yang Dipertua MPKP, Encik Badrulhisham bin Haji Sulaiman telah berbesar hati menyantuni kehadiran pasukan audit dr Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT iaitu Encik Rizam bin Ahmad dan Encik Mohd Zambree bin Masdar untuk majlis pembukaan audit PBAT Kesihatan Persekitaran pada kali ini. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan, Ketua Jabatan serta Ketua Bahagian dan staff yang terlibat secara langsung dalam pengauditan hari ini.

Antara Objektif Pelaksanaan PBAT Kesihatan Persekitaran:

– Menilai tahap penyampian perkhidmatan MPKP dalam aktiviti kesihatan persekitaran adalah selaras dan memenuhi dengan dasar,akta dan peraturan dan garis panduan yang sediada

– ⁠Menilai pencapaian KPI standard PBAT dan KPI Program Kesihatan Persekitaran di PBT

– ⁠Menwujudkan budaya kecemerlangan prestasi perkhidmatan berteraskan persaingan sihat di kalangan PBT melalui Standard Penarafan Bintang PBAT

Penunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi pencapaian PBAT mengikut Program Kawalan Denggi, Program Kawalan Tikus,Program Kebersihan Pasar Awam,Program Pengurusan Pasar Malam/Sehari, Program Haiwan Terbiar,Program Kebersihan Tandas Awam,Program Kawalan Kebersihan dan Keselamatan Makanan dan Pengurusan peruntukan kewangan dan pengurusan aset,bahan kimia telah di nilai melalui pembuktian secara dokumentasi. Lawatan di lapangan juga di lakukan bagi melihat sendiri pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKP

Pengurusan MPKP mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama seluruh jabatan dan bahagian yang komited memberikan kerjasama dalam memastikan sesi penilaian berjalan dengan lancar dengan jayanya. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada pasukan audit PBAT Kesihatan Persekitaran pada kali ini yang bertanggung jawab dalam pelaksanaan sesi PBAT tahun ini.

#MPKP

#PerbandaranBersihIndah, MakmurdanSelamat

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content