KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS DATUK BANDAR PASIR GUDANG

25 April 2025, Jumaat – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin di Pejabat Datuk Bandar Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor.
 
Kunjungan hormat ke MBPG ini diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan dan hala tuju kedua-dua belah bandar raya serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
 
Selesai sesi kunjungan rasmi, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar turut dibawa melawat ke Galeri Pasir Gudang yang memaparkan sejarah pembangunan, pencapaian serta pelbagai inisiatif MBPG ke arah bandar raya yang berdaya huni dan lestari.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat PBT MPBG atas layanan mesra ini dan semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah antara kedua-dua PBT ke arah pembangunan Bandar Raya yang Berdaya Huni.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari bin Md Yusoff serta pegawai-pegawai MBPG.
 
 
Skip to content