✨𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐌𝐏𝐊𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐓𝐌) ✨

24 April 2025 – YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), telah berbesar hati memenuhi jemputan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Majlis ini bukan sahaja meraikan Aidilfitri, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).

Dato’ Yang Dipertua MPKK juga berkesempatan membuat kunjungan hormat terhadap Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Dalam pertemuaan tersebut, Dato’ Yang Dipertua sempat mengadakan perbincangan ringkas dan sesi perkongsian pandangan bersama (PAT).

Kemesraan yang terjalin diharap akan terus memperkukuh kolaborasi erat dalam usaha membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat. 🌟🇲🇾

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#Aidilfitri2025

#AngkatanTenteraMalaysia

#ATM

#Silaturrahim

#HariRayaAidilfitri

Skip to content