๐ŸŒŸ ๐Œ๐๐Š๐Š ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ž๐ ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐‡๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค ๐ŸŒŸ

29 April 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 4/2025 bertempat di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Datoโ€™ Haji Elmi bin Yusoff.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Ahli Majlis MPKK, wakil-wakil agensi kerajaan Daerah Kulim serta pengarah dan penolong pengarah jabatan di bawah pentadbiran MPKK. Kehadiran pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pelaksanaan dasar serta program pembangunan dilaksanakan secara bersepadu dan efektif.

Dalam mesyuarat ini, Ahli Majlis turut berperanan menilai dan memberi pandangan terhadap pelaksanaan dasar, cadangan program pembangunan, serta memastikan aspek kelestarian, kebajikan dan ekonomi tempatan terus dipertingkatkan. Komitmen mereka menyumbang kepada dasar pentadbiran yang lebih inklusif dan responsif terhadap kehendak rakyat.

MPKK sentiasa komited untuk mentadbir dengan cekap, telus dan berintegriti demi merealisasikan visi menjadikan Kulim sebagai sebuah bandar pintar, hijau dan sejahtera.

Klik untuk gambar sekitar program

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content