KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI KE TIBET, CHINA
1 Mei 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir menyempurnakan acara flag-off bagi Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi ke Tibet, China yang berlangsung di Mizu Village, Jalan Teratai Putih, Alor Setar.
Konvoi ini melibatkan penyertaan sebanyak 40 buah motosikal berkuasa tinggi serta 8 buah kereta, yang membabitkan peserta dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti permotoran, malah turut menjadi platform mempromosikan “Mai Singgah Alor Setar Lagi”, Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Hadir sama ialah Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato Ch’ng Boon Chye.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'