MAJLIS AMANAT YANG DIPERTUA MPSPK SEMPENA HARI PEKERJA 2025

“Pekerja Kesuma Bangsa” merupakan tema bagi sambutan Hari Pekerja bagi tahun 2025 dan merupakan antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPSPK yang menekankan supaya seluruh pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) “kesuma” dalam melaksanakan tugas harian.

Sebelum majlis berlangsung, Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah melakukan pemeriksaan baris anggota Jabatan Penguatkuasaan yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Encik Roslin bin Bakar. Majlis tersebut juga diserikan dengan Pemakaian Pangkat 2 orang Pegawai Kanan Penguatkuasaan iaitu Encik Roslin bin Bakar dan Encik Kasturi bin Abd.Majid yang turut disaksikan oleh Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ybhg.Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia.

Pada sesi lain, Yang Dipertua turut menyantuni pegawai-pegawai kanan MPSPK yang telah diberi kenaikan pangkat. Sekalung tahniah dan syabas kepada Encik Suhairi bin Mustaffa, Encik Mohd Yusri bin Mohamad Yusop, TPr Puan Rohani binti Abu Bakar, Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad, Puan Nurazureen binti Daud dan Encik Azli bin Abdullah.

Gerak langkah seni persilatan oleh pesilat-pesilat dari Silat Pusaka Gayung Malaysia yang juga merupakan kakitangan MPSPK dipertonjolkan sebagai pembuka majlis dan kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negeraku, Negeri Kedah dan Perkhidmatan Awam yang diiringi oleh kumpulan koir MPSPK. Objektif majlis ini diadakan adalah bertujuan memberikan pengiktirafan serta menghargai warga kerja MPSPK.

Majlis yang julung kali diadakan itu juga turut menyantuni penyertaan daripada seluruh kakitangan MPSPK yang menyertai Pertandingan Tiktok Raya dan Video Kreatif Raya yang diadakan diperingkat Jabatan/Bahagian dalaman dan juga Penyampaian Anugerah-Anugerah kepada Jabatan/Bahagian serta penyertaan individu yang menyertai pelbagai bentuk pertandingan diluar organisasi.


Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content