IKRAR NIGHT WALK 2025 @ALOR SETAR

2 Mei 2025, Jumaat – Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah sertai Ikrar Night Walk yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Ikrar Kedah ini melibatkan jalan santai sejauh 5 km, melalui beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya Alor Setar.
 
Acara pelepasan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah JPJ Kedah, YBrs. Tuan Stien Van Lutam; Ketua Bahagian Sukan, Pelancongan & Kebudayaan MBAS yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar, Puan Siti Nurfazlina binti Abd Tafarudin dan Pengurus LBI Motor, En. Saiful Idris.
 
Selain itu, turut diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa motosikal, skuter elektrik, barangan elektrik, dan pelbagai hadiah menarik untuk peserta bertuah.
 
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, tetapi juga sebagai usaha mempromosikan bandar raya Alor Setar sempena ‘Mai Singgah Alor Setar Lagi’ dan Tahun Melawat Kedah 2025.
 
 
Skip to content