OPERASI PEMERIKSAAN LESEN DAN KEBERSIHAN PENIAGA PASAR PAGI SIMPANG KUALA, ALOR SETAR

4 Mei 2025, Ahad – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Lesen Dan Kebersihan Peniaga di Pasar Pagi Simpang Kuala, Alor Setar.
 
Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas 57 peniaga pasar pagi tersebut, sebanyak enam (6) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh dan peniaga tiada suntikan typhoid.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content