DATUK BANDAR ALOR SETAR TINJAU KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS AWAM DI KOLAM RENANG MBAS
6 Mei 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan satu lawatan ke Kolam Renang MBAS petang tadi.
Lawatan itu diadakan bagi meninjau hasil kerja-kerja naik taraf Tandas Awam yang telah dilaksanakan untuk memastikan kualiti kemudahan tandas yang lebih selesa dan mesra pengguna.
Hadir sama di lawatan itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam MBAS, En. Ahmad Sujairi bin Md. Hassan; Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, PMgr. Sr. Zamzama bin Mohd serta pegawai pegawai terlibat.