PERJUMPAAN MBAS BERSAMA SYARIKAT SWASTA | PERBINCANGAN MENGENAI PERMOHONAN MENAIKTARAF JEJANTAS DAN PERHENTIAN BAS DI BANDAR RAYA ALOR SETAR
7 Mei 2025, Rabu – Satu perjumpaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama syarikat swasta iaitu Goto PaperPlane Design telah diadakan sebentar tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS sebentar tadi.
Ia dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, PMgr. Sr. Zamzama bin Mohd; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali; Ketua Bahagian Pelesenan MBAS, Pn. Narisa bt Mohd Hashim serta wakil-wakil syarikat Goto PaperPlane Design.
Perjumpaan tersebut diadakan bagi membincangkan permohonan syarikat itu untuk menaiktaraf dan menyelenggara 2 buah jejantas dan 10 buah perhentian bas di Jalan Sultan Abdul Halim, dalam kawasan pentadbiran MBAS.
Berdasarkan permohonan itu, cadangan menaiktaraf dan menyelenggara jejantas dan perhentian bas itu merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat Goto PaperPlane Design bagi tujuan mengindahkan kemudahan awam di sekitar bandar raya Alor Setar.