MBAS TURUT SERTA DALAM PROGRAM HARI LESTARI SUNGAI DAN ALAM SEKITAR 2025

8 Mei 2025, Khamis – Program Hari Lestari Sungai dan Alam Sekitar anjuran Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Anak Bukit telah berjaya dilaksanakan hari ini di Persisiran Sungai Seberang Chegar, Anak Bukit, Alor Setar.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bersepadu dalam usaha memelihara kelestarian sungai dan alam sekitar dengan pendekatan menyeluruh yang menggabungkan aktiviti gotong-royong, pembersihan saliran, penanaman pokok dan penglibatan langsung komuniti tempatan serta agensi kerajaan.
 
Sebanyak 140 peserta telah menyertai program ini, mewakili pelbagai agensi termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar, Pejabat Daerah Kota Setar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, SWCorp, JPS, MADA, E-Idaman, serta lain-lain agensi kerajaan terlibat serta pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti tempatan.
 
Progam telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi yang mewakili EXCO Kerja Raya, Sumber Air & Alam Sekitar Negeri Kedah dengan menyempurnakan gimik perasmian dengan menanam pokok asam gelugur bersama ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak dan Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, En. Azlan Aziz.
 
Peserta menjalankan kerja-kerja pembersihan sepanjang tebing dan dalam Sungai Anak Bukit dengan memungut sampah, ranting pokok, serta bahan buangan seperti sisa domestik, plastik, dan bahan binaan yang terperangkap di celah pokok dan saliran kecil.
 
Sebanyak 2.5 tan sampah berjaya dikutip dan dikumpulkan ke dalam beg hitam untuk pelupusan secara terurus, memastikan kawasan sekitar sungai kekal bersih dan bebas daripada pencemaran.
 
 
Skip to content