Aktiviti Gotong-Royong Pembersih Kawasan Belakang Medan Selera Sanglang 

30 April 2025 (Rabu) – Satu program gotong-royong diadakan dengan kerjasama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu, SWCorp, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan penduduk setempat. Tujuan adalah untuk membersihkan kawasan runtuhan dan kawasan sekeliling.

Turut membantu dalam proses pembersihan adalah jentera berat yang digunakan untuk mengangkut sisa runtuhan bangunan. Usaha ini bukan sahaja bertujuan memperindah kawasan, malah menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti tanggungjawab sosial dan semangat kebersamaan.

Program seperti ini diharapkan dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada komuniti lain untuk mengambil inisiatif menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📞No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381

Skip to content