𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐊𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐓𝐔𝐃𝐌)

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Tentera Udara (TUDM), Alor Setar, Kedah pada 12 Mei 2025. Ketibaan Dato’ Yang Dipertua telah disambut mesra oleh YBhg. Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar, Komandan Kolej Tentera Udara.

Pertemuan ini menjadi medan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara pihak berkuasa tempatan dan institusi pertahanan negara, khususnya dalam aspek pembangunan, keselamatan dan kerjasama komuniti.

Semoga jalinan strategik ini terus diperkasa demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Klik untuk gambar sekitar program

#KunjunganHormat

#MajlisPerbandaranKulim

#TenteraUdaraDirajaMalaysia

Skip to content