π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐏𝐊𝐊 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π‹ ππ€π‘πŠ πŒπ€ππ€π†π„πŒπ„ππ“ π‚πŽπŒπŒπˆπ“π“π„π„ (πˆππŒπ‚)

21 Mei 2025 – Sesi libat urus melalui satu mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK telah diadakan bersama pihak Industrial Park Management Committee (IPMC) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Kehadiran wakil-wakil penting daripada pihak Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan agensi kerajaan yang terlibat memberi impak yang sangat positif bagi membincangkan isu-isu strategik demi kemajuan kawasan perindustrian Kulim.

Ahli FMM yang hadir diketuai oleh Puan Farah Wahida Ismail, Pengerusi IPMC Kulim manakala agensi rakan strategik yang turut hadir adalah wakil daripada pihak Invest Kedah Berhad; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim serta Pejabat Perhilitan.

Kerjasama dan komitmen padu semua pihak dalam sesi libat urus ini jelas menunjukkan usaha berterusan untuk memajukan sektor perindustrian di daerah Kulim. Pelbagai isu penting telah dibincangkan serta maklum balas daripada MPKK, agensi yang disampaikan kepada pihak IPMC diharap dapat memberi input penting secara menyeluruh.

Hasilnya, semua pihak dapat mengenal pasti kaedah penyelesaian yang terbaik untuk dilaksanakan demi pembangunan yang mampan dan memberi manfaat kepada komuniti serta ekonomi setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi libat urus ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan di masa-masa akan datang demi pembangunan daerah Kulim yang lestari dan mampan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#TheGreaterKedah

Skip to content