LAWATAN TAPAK KE LOKASI KERJA NAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI TAMAN WIRA MERGONG, ALOR SETAR
19 Mei 2025, Isnin – Satu lawatan tapak ke lokasi kerja naiktaraf sistem perparitan di Taman Wira Mergong telah diadakan sebentar tadi hasil daripada perbincangan mesyuarat infra MBAS. Lawatan itu diadakan bagi melihat perkembangan semasa kerja-kerja naiktaraf tersebut bagi menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan itu.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh ADUN Suka Menanti merangkap Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Negeri Kedah,YB. Dzowahir Bin Ab. Ghani; Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Tuan Jurutera JKR Daerah Kota Setar, Ir. Isnil Badril bin Ismail; Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS); Pejabat Tanah Kota Setar; THB Maintenance Sdn. Bhd; Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'