ISU BANJIR KILAT | KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISTEM PERPARITAN DI TAMAN WIRA MERGONG, ALOR SETAR

20 Mei 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar dengan kerjasama pihak E-idaman Sdn. Bhd telah menjalankan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan di Taman Wira Mergong, Alor Setar. Pembersihan ini dijalankan bagi mengatasi masalah sistem perparitan yang tersumbat akibat pengumpulan sampah sarap, yang dikenalpasti menjadi salah satu punca kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya serta pihak MBAS mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada kepada pihak E-idaman Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam membantu menangani isu banjir kilat ini dengan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tersebut.
 
Skip to content