MALAYSIAN LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS (MLAA)
Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) terus melakar kejayaan apabila memenangi anugerah Green Iniatives Award bagi Governement Category sempena Malaysian Landscape Architecture Awards (MLAA) tahun 2025 yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur pada 24 Mei 2025.
MLAA merupakan anugerah tertinggi industri landskap di Malaysia yang menghimpunkan penggiat industri landskap di negara ini terdiri dari tokoh-tokoh landskap, pemaju, kontraktor, penggiat industri landskap, IPTA dan institusi pengajian tinggi, perunding dan agensi-agensi kerajaan serta PBT seluruh malaysia.
Anugerah Green Iniatives Award diberikan bagi mengiktiraf usaha Jabatan Landskap yang melihat kepada pentingnya hutan bakau bagi memulihara serta meningkatkan biodiversiti ekosistem marin Sungai Merbok. Projek ini dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kejayaan penanaman 450 batang pokok bakau anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dan disertai Jabatan Perhutanan, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Belia dan Sukan bersama Hospital Pantai Sungai Petani, Halagel dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Dalam majlis yang sama, keupayaan MPSPK mengurus dan mereka bentuk landskap bersama Arkitek Landskap MDLA Design Sdn Bhd mencipta kejayaan apabila Sungai Petani turut diangkat sebagai Sungai Petani Heritage Town bagi Professional Category. Sudah menjadi tanggungjawab MPSPK dalam memastikan setiap perancangan yang dibuat adalah bagi menghubungkan komuniti sambil mengekalkan sejarah yang masih ada di Sungai Petani.
Majlis MLAA dihadiri Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Landskap Dan Rekreasi. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya di MPSPK.
Klik untuk gambar sekitar program







