𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌? 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐌𝐏𝐊𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑!

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran telah melaksanakan satu operasi pembersihan ke atas bunting, banner haram, serta iklan yang telah tamat tempoh di sekitar kawasan Kulim.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPKK dalam memastikan persekitaran bandar kekal bersih, teratur dan mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan (MPKK) 2010 berkaitan pengiklanan. Dalam operasi terbaru ini, sebanyak 45 bunting dan 7 banner telah diturunkan kerana dipasang tanpa kelulusan atau dibiarkan tergantung selepas tamat tempoh sah lesen.

MPKK menasihatkan semua pihak agar memohon lesen terlebih dahulu sebelum mempamerkan sebarang bahan iklan, serta memastikan iklan diturunkan sebaik sahaja tempoh yang dibenarkan tamat. Kegagalan mematuhi syarat ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

📍 Sebarang urusan permohonan atau pertanyaan lanjut boleh dibuat di:

Kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK

✅ Ayuh bersama kita wujudkan persekitaran bandar yang kemas, bersih dan mematuhi peraturan demi kesejahteraan semua.

#IklanTamatTempoh

#Pelesenan

#MajlisPerbandaranKulim

#TheGreaterKedah

Skip to content