πˆππ€πƒπ€π‡ 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐊𝐊 πŸπŸŽπŸπŸ“ : π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π”πŠπ‡π–π€π‡, 𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 ππ„ππ†πŽπ‘ππ€ππ€π πŸŒ™

09 Jun 2025 – Program Ibadah Qurban 1446H/2025M anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah berlangsung bertempat di Surau Az-Zuhud MPKK, program ini menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta menyemai semangat pengorbanan dalam kalangan warga kerja MPKK.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dalam suasana penuh semangat gotong-royong dan kebersamaan. Aktiviti penyembelihan, melapah, memasak, dan penyediaan juadah dilakukan secara bersama-sama, mencerminkan nilai murni kerjasama, saling membantu dan silaturahim yang erat dalam kalangan kakitangan.

Program ini bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, malah menjadi ruang menyuburkan nilai pengorbanan dan kasih sayang sesama insan, menyatukan hati-hati dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan. Sebelum jamuan, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Ahli Majlis MPKK; Ketua- ketua Jabatan dan anggota MPKK.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada urus setia dan seluruh warga MPKK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Semoga segala ibadah dan pengorbanan yang dicurahkan diterima Allah SWT, serta terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, keharmonian, dan kekuatan organisasi MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKK

#IbadahQurban2025

#UkhwahDiperkasa

#PengorbananDihayati

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content