MBAS BERJAYA MEMPEROLEH PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022

3-4 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah berjaya memperoleh pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022 setelah selesai menjalani proses pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selama 2 hari dari 3 Jun 2024 hingga 4 Jun 2025.
 
Hasil daripada laporan pengauditan yang dibentangkan di sesi penutupan yang telah berlangsung petang kelmarin bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa MBAS, Ketua Juruaudit dari pihak SIRIM, En. Mohd Shahril bin Mohd Arshad telah mengesyorkan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022.
 
Pihak pengurusan MBAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SIRIM dan seluruh warga kerja MBAS atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi pengauditan pada kali ini.
 
Skip to content