KUNJUNGAN BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN (BKT) NEGERI KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
4 Jun 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Keurusetiaan) Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Negeri Kedah, Puan Norhasteza binti Bahdun di Ibu Pejabat MBAS, kelmarin.
Kunjungan ini diadakan bagi sesi membincangkan pelaksanaan berkaitan proses penilaian semula cukai taksiran di bandar raya Alor Setar.
Hadir sama ialah Pegawai BKT, Pn. Mazidah; Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBAS, En. Ahmad Letfi Saad dan Ketua Bahagian Penilaian MBAS, Pn. Mardziah Khalib.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'