OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KEBERSIHAN, LESEN DAN PERMIT KERUSI MEJA

4 Jun 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat dan Bahagian Penguatkuasaan, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan, Lesen Premis dan Permit Kerusi Meja yang bertujuan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta tahap kebersihan yang optimum di premis-premis perniagaan di sekitar bandar raya Alor Setar.
 
Pemeriksaan telah dilakukan di dua lokasi, iaitu di Jalan Simpang Kuala dan Jalan Tunku Ibrahim. Hasil daripada operasi yang telah dijalankan, pihak MBAS telah mengeluarkan empat (4) kompaun atas pelbagai kesalahan iaitu tidak memiliki kad suntikan typhoid, kekotoran di kawasan perniagaan akibat pembuangan sisa makanan ke dalam longkang, tidak mempunyai permit bagi penggunaan kerusi dan meja dan kegagalan memasang penapis minyak dengan sempurna. Manakala pihak PKD Kota Setar telah mengeluarkan dua (2) kompaun atas kesalahan tidak berpakaian lengkap semasa menjalankan perniagaan.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content