KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
16 Jun 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar di Ibu Pejabat MBAS, kelmarin.
Ia telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar, Tn Hj Wan Khalim bin Ahmad; Timbalan PPD sektor Pengurusan Sekolah, En Saiful Azman bin Aziz; Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, En Rosmira bin Saad; Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, En Zaikimj bin Abdullah; Pen. PPD Perancangan, En Mohd Firdaus bin Ishak; Pen. PPD Perancangan, Pn Mahfuzah binti Mahmud; Pegawai Eksekutif Tinggi; En Hazane bin Mohd Alwi serta pegawai-pegawai MPSM, PGBM dan PIBKS.
Semoga pertemuan ini dapat mempereratkan lagi kerjasama antara pihak pendidikan dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha bersama bagi memastikan pembangunan pendidikan yang lebih mampan dan berkesan di bandar raya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'