MBAS LAKSANA OPS BERSIH DAN SITA BARANG NIAGA
17 Jun 2025, Selasa – Bahagian Penguatkuasaan MBAS dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Bandar MBAS telah menjalankan operasi pembersihan dan sitaan barang niaga yang ditinggalkan di tempat awam di tapak penjaja Seberang Jalan Putra, Alor Setar.
Kawasan dijadikan tempat niaga oleh beberapa orang penjaja di lokasi tersebut didapati agak kotor dan terdapat sisa makanan dan halangan barang niaga yang telah usang dan ditinggalkan. Justeru, tindakan sitaan dan pembersihan kawasan ini telah dilaksanakan segera bagi memastikan tempat awam sentiasa bersih dan dapat mengurangkan risiko masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Pihak MBAS juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SWCorp dan E- Idaman diatas bantuan jentera dan kakitangan semasa operasi dilaksanakan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'