KUNJUNGAN MBI KE MBAS | SESI PERKONGSIAN TAKLIMAT PENGUATKUASAAN AKTA 171 & 133, TATACARA PELUPUSAN KENDERAAN TERBIAR DAN PELAKSANAAN PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA

17 Jun 2025, Selasa – Sesi perkongsian hari kedua lawatan kerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diteruskan dengan ‎Taklimat Penguatkuasaan Akta 171 & 133, Tatacara Pelupusan Kenderaan Terbiar yang telah berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, UTC Kedah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr. Elina Mohd kepada delegasi MBI seramai 30 kakitangan.
 
Pada jam 3.00 petang, turut diadakan lawatan tapak ke tapak penjaja di Taman Wira Mergong dan tapak penjaja Pantai Johor bagi sesi perkongsian pelaksanaan penyusunan semula penjaja di bawah pentadbiran MBAS. Sesi taklimat itu telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali bersama kakitangan-kakitangan Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS.
 
 
Skip to content