MBAS PRIHATIN 2025 | MBAS BERSAMA SETIAUSAHA POLITIK PMX SALUR BANTUAN KEPADA WARGA BANDAR RAYA

17 Jun 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Tuan Muhammad Fikri b. Abdul Aziz telah melaksanakan program MBAS PRIHATIN 2025 dengan menyalurkan bantuan bakul makanan kepada beberapa buah rumah golongan miskin tegar di sekitar Bandaraya Alor Setar. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan golongan yang memerlukan.
 
Dalam program tersebut, Tuan Muhammad Fikri bersama Ahli Majlis Zon 6 MBAS, En. Shamsudin Ahmad turut menyampaikan bantuan wang ringgit kepada ketua isi rumah. Bantuan tersebut diharapkan dapat memberikan sokongan kepada perbelanjaan harian mereka.
 
 
Skip to content